PERMATA HATI (MAK ABAH)
Bismillahirahmanirahim......
Alhamdulillah.....aku bersyukur kepada Allah kerana aku diberi kesempatan hidup dan tinggal di atas muka bumi ini yang Allah pinjamkan hanya sementara...dan juga ada ruang mengisi waktu aku disini untuk bercerita kisah aku dan juga kisah agama islam InsyaAllah...
Sudah hampir lima bulan aku menapak di bumi syam (Jordan) untuk menimba ilmu supaya aku dapat memenuhi dadaku dengan ilmu-ilmu agama ...aku bersyukur kepada Allah kerana aku dan beberapa lagi kawan sekolah aku adalah diantara orang yang dipilih ALLAH untuk menuntut ilmu di Jordan ini daripada ramai-ramai orang yang memohon untuk belajar disini.Jadi aku dan kawan-kawan sekolah (Sma Nahdzah) yang sama-sama menuntut disini iaitu Fudzla anak ustaz Adnan,Tasneem dan,Dinie... alhamdulillah disini aku dapat banyak kawan dan semua mahasiswa/wi di sini semua baik-baik belaka.Sekarang ini kami masih dalam cuti semester lagi bermula selepas exam last hari itu ulum askari 11/1/2012 dan mungkin sampai 4/2/2012 tetapi tidak mengapa lah yang itu hanya sekadar nak ingat sikit-sikit saja hal ni.sebenarnya banyak benda yang kita ingat tetapi tidak sempat lah nak cerita2 semua kan...banyak kenangan dan pengalaman apabila kita menetap di perantauan.
Syukur pada Allah kerana aku adalah orang yang pertama dalam family aku yang menjejak kaki ke Universiti Mu'tah ,Jordan ni ,tambah2 aku anak sulung .InsyaAllah selepas ni mungkin adek2 aku akan follow aku pula tidak kira di universiti mana sekalipon...agar kmi semua kaya dengan ilmu agama dan dapat kami amalkan dengan penuh keikhlasan hati dan dapat juga menyampaikan ilmu ini kepada sesiapa pon InsyaAllah....sebelum aku datang sini aku sempat mengambil STAM sebsntar bersama kawan-kawan aku sama lah entah macam mana aku pon ada hati untuk memohon untuk belajar disini..padahal aku tidak mengisi pon UPU,kan kalau spm nanti org pakat2 boleh isi UPU tapi aku tidak tertarik sangat pon sebab aku memang tekad untuk ambil STAM.Hati semua boleh berubah kan jadi aku pon berutahu kepada mak abah aku...aku beritahu hasrat aku nak pergi jordan dan selepas itu mak abah aku pon bagi respon juga l walaupon disini kos nya agak mahal ...akhirnya aku diterima sambung belajar di jordan ni...semuanya berasa happy la sebab aku dapat sambung belajar disini dan bersyukur sangat2 walaupon aku tahu mesti susah juga mak dan abah aku nak sara aku disini..aku ketika itu mengikut juga la mak abah bagi ke tidak aku pergi...last2 aku pergi juga ..mak ayah mana yang tidak mahu tengok anak2 mereka belajar sampai berjaya...mak ayah kita menjaga kita dari kecil sampai besar dengan didikan2 agama untuk melihat anak2 mereka ini menjadi anak yang taat kepada mereka dan kepada Allah SWT.
Bersyukur pada Allah kerana dengan izinnya aku sampai disini dan Allah melimpahkan rezeki yang banyak pada keluarga kami..Alhamdulillah...aku juga berterima kasih pada mak dan abah sebab dengan keikhlasan hati mereka aku dapat sampai di sini....mak dan abah lah permata hatiku.....I love u mom and dad.!!!
jika ada kekurangan dalam diri ini sama2 lah kita saling mmperingati ....InsyaAllah .diri kita ini bukan nya sempurna kadang2 tidak sedar pon ada kesalahan yang kita lakukan ....
